Pada 2 Mac 2015, PKG Batu Kikir telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pemuafakatan Aktiviti (JKPA) bertempat di Bilik Mesyuarat PKG Batu Kikir, bermula pada jam 2.30 petang. Mesyuarat ini telah di pengerusikan oleh En. Abdul Rahman . Turut bersama hadir Pegawai Teknologi Pendidikan BTPNNS En. Zamri Ibrahim dan En Mohd Akmal.
Seramai 20 orang GPM telah hadir dalam mesyuarat tersebut. Mesyuarat ini bertujuan untuk memberikan input yang berguna kepada semua GPM selain daripada berkongsi masalah berkaitan yang di alami di sekolah masing-masing. Semua GPM memberikan kerjasama yang baik semasa mesyuarat ini berlangsung. Mesyuarat ini berakhir pada jam 5.00 petang.