SSQS 2015

SSQS 2015
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts

Sunday, June 21, 2015

Khidmatbantu PSS SK Batu Kikir

Program Khidmat Bantu Pusat Sumber Sekolah di SK Batu Kikir telah diadakan dari 15 dan 17 Jun 2015.  Program Khidmat Bantu Pusat Sumber Sekolah adalah untuk membantu meningkatkan pengurusan PSS secara keseluruhan khususnya pengurusan bahan , fizikal dan sistem pengurusan. Diharap  program ini  dapat  memartabatkan  PSS  sebagai  nadi  utama  pengajaran dan pembelajaran  ke  arah  kecemerlangan  pendidikan.   

Di  samping  itu  juga  diharap  agar  objektif berikut dapat dicapai:
  • Meningkatkan pengurusan PSS secara keseluruhan khususnya dalam bidang pengurusan bahan, fizikal (susun atur dan keceriaan serta sistem pentadbiran.
  • Meningkatkan  penggunaan  PSS  di  kalangan  guru  dan  murid  sejajar  dengan  keperluan pendidikan dan aplikasi ICT.
  • Meningkatkan  kadar  pembacaan  di  kalangan  murid  sekolah  selaras  dengan  pelaksanaan dan hala tuju program NILAM.

Sorotan Aktiviti Sepanjang Khidmat Bantu

                           Sebelum


                          Semasa


                         Selepas

Friday, June 12, 2015

BENGKEL ASAS PEMBINAAN BLOGSPOT UNTUK JURUTEKNIK KOMPUTER SEKOLAH AHLI PKG BATU KIKIR 2015

Satu Bengkel Asas Pembinaan Blogspot untuk Juruteknik Komputer sekolah ahli Pkg Batu Kikir telah diadakan pada 9 & 10 Jun 2015. Terima Kasih di ucapkan kepada En. Najmuddin selaku fasilitator yang telah memberika segala tunjuk ajar mengenai blogspot. Terima kasih jua diucapkan kepada semua JTK terlibat yang telah memberikan sepenuh komitmen sepanjang bengkel tersebut. Bengkel yang bermula pada jam 8.30 pagi ini telah berakhir pada jam 5.00 petang. 


Objektif Kursus
Kursus ini diadakan untuk memberi pengetahuan asas tentang blog, cara membuat blog ( domain, hosting, design layout, posting article, edit, upload gambar, video, muzik dll) serta teknik –teknik asas blogging.
  1. Memahami konsep blog, blogger & blogging.
  2. Menyediakan blog yang ringkas, cepat dan bermanfaat.
  3. Berinteraksi di internet menggunakan media blog.
Kandungan Kursus
  • Pengenalan kepada blog, blogger & blogging.
  • Senario blog.
  • Hos Blog.
  • Keperluan membina blog.
  • Menjadi penulis blog yang baik.
  • Host blog percuma – WordPress ( Mendaftar , posting artikel, gambar & video, 6 wiget asas, link, pages & komen ).


Friday, April 17, 2015

TAKLIMAT KHAS PEMBESTARIAN SEKOLAH TAHUN 2015

Program Pembestarian Pendidikan merupakan satu  pendekatan dan panduan yang serba lengkap untuk memantapkan mutu pembelajaran dan pengetahuan kepada para pelajar.  Oleh yang demikian pentadbir perlu didedahkan dengan kaedah yang betul penggunaannya untuk dijadikan bahan merentas kurikulum bagi merangsang pembelajaran. Sepanjang program ini, peserta didedahkan tentang IQPSS, NILAM, MBMMBI, SSQS, Penyelenggaraan ICT, Netbook 1 Malaysia dan Talian Internet Sekolah

BENGKEL KERJA PENGHASILAN BAHAN ASET DIGITAL DAN OBJEK PEMBELAJARAN - Fasa 1

Tahniah kepada semua guru sains (Sek Men) dan guru agama (Sek Rendah) yang terlibat dalam Bengkel Kerja Penghasilan Bahan Aset Digital Dan Objek Pembelajaran. Para peserta telah mempelajari cara menggunakan Flip PDF, Camtasia dan Laman Pembelajaran (Learning Sites). Semoga para perserta dapat mempraktikannya selaras dengan Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE) di dalam Alaf Pembelajaran Abad ke-21.    

Monday, April 13, 2015

SURAT SIARAN PELAKSANAAN KEM MEMBACA 1 MALAYSIA ( KM1M )

PELAKSANAAN PROGRAM                                                   KEM MEMBACA 1MALAYSIA 2015 ( KM1M 2015 ) 
"MENJANA PEMIKIRAN 1 MALAYSIA"
Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) merupakan salah satu program Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah Program Gerakan Tabiat Membaca. Program Kem Membaca 1Malaysia telah dimulakan kali pertama pada 26 Oktober hingga 5 November 2009.
Berdasarkan surat arahan daripada Jabatan Pendidikan Negeri, Negeri Sembilan, Kementerian Pelajaran Malaysia bertarikh 07 April 2015, Ruj:JPNS.SPA.KUR 100-1/3/1 Jld.10 (14) telah mengarahkan semua sekolah di seluruh Negeri Sembilan melaksanakan KM1M bermula dari 21 April hingga 23 April 2015  bertujuan untuk membina tabiat membaca dalam kalangan murid sekolah dengan tema ‘Membaca Menjana Pemikiran 1Malaysia’.
Terdapat empat objektif program ini, iaitu mengisi masa lapang murid, menggerakkan program / aktiviti galakan membaca, memupuk minat membaca secara berterusan dan menjadikan PSS sebagai tempat rujukan bahan bacaan serta memperkukuhkan kemahiran maklumat dalam kalangan murid.
Aktiviti membaca buku dijalankan selama 33 minit dan 35 saat bermula jam 9.30 pagi secara serentak di semua sekolah di seluruh Malaysia. Sehubungan dengan itu, laporan aktiviti perlu dihantar ke Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) dan Pegawai Teknologi Pendidikan di Pusat Kegiatan Guru Batu Kikir sebelum atau pada 30 April 2015.
Sekiranya pihak tuan mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan program di atas, sila hubungi Pusat Kegiatan Guru Batu Kikir.
MUAT TURUN SURAT SIARAN KM1M

Saturday, April 11, 2015

BENGKEL PENGISIAN DAN PEMURNIAN I-NILAM SEKOLAH AHLI PUSAT KEGIATAN GURU BATU KIKIR TAHUN 2015

Pada 2 Mac 2015, PKG Batu Kikir telah mengadakan Bengkel Pengisian dan Pemurnian i-Nilam sekolah bertempat di Bilik Mesyuarat PKG Batu Kikir, bermula pada jam 2.30 petang. Bengkel ini dikendalikan oleh Pn. Zaraton Akmar binti Abd. Aziz (PTP PKG Kuala Klawang) sebagai Fasilitator.

Seramai 20 orang Guru Nilam telah hadir dalam bengkel tersebut. Ia bertujuan untuk memberikan input yang berguna kepada semua guru Nilam selain daripada berkongsi masalah berkaitan Nilam. Semua guru Nilam memberikan kerjasama yang baik semasa bengkel ini berlangsung. Bengkel ini berakhir pada jam 5.00 petang.

Objektif
-       Memberi pendedahan mengenai aplikasi online dan cara-cara pengisian yang betul.
-       Memberi bimbingan kepada semua Guru Nilam yang baru dalam mengisi Instrumen i-Nilam on-line.

Rasional
Kesemua guru nilam di sekolah dapat melengkapkan semua maklumat mengenainya diisi dengan tepat dan dapat bertukar-tukar pandangan bagi meningkatkan penggunaan i-Nilam sekolah masing-masing.

Wednesday, April 8, 2015

PESTA BUKU DAERAH JEMPOL DAN JELEBU

25 - 31 Mac - Pesta Buku Peringkat Daerah Jempol dan Jelebu telah diadakan di Kompleks Rakan Muda Jempol. Program ini adalah anjuran PPD Daerah Jempol dan Jelebu dan Cerdik Publication Sdn Bhd dengan kerjasama institusi pendidikan dalam daerah Jempol dan Jelebu serta beberapa buah organisasi yang lain. PKG Daerah Jempol dan Jelebu yang terlibat telah melaksanakan beberapa aktiviti seperti Literasi Maklumat dan Bengkel VLE Flip PDF. 

Pesta Buku Tahun 2015 telah dimeriahkan dengan kehadiran YB Dato' Shamshulkahar bin Mohd Deli, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak : Pendidikan & Kesihatan dan Ahli Undangan Negeri Adun Serting. YB Dato' turut merasmikan majlis penutup Pesta Buku tersebut serta menyampaikan hadiah kepada semua peserta yang berjaya di dalam pertandingan-pertandingan yang telah dilaksanakan. Tahniah kepada peserta-peserta yang berjaya.




MUAT TURUN GAMBAR PESTA BUKU

MUAT TURUN

Tuesday, March 3, 2015

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMUAFAKATAN AKTIVITI

Pada 2 Mac 2015, PKG Batu Kikir telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pemuafakatan Aktiviti (JKPA) bertempat di Bilik Mesyuarat PKG Batu Kikir, bermula pada jam 2.30 petang. Mesyuarat ini telah di pengerusikan oleh En. Abdul Rahman . Turut bersama hadir Pegawai Teknologi Pendidikan BTPNNS En. Zamri Ibrahim dan En Mohd Akmal.

Seramai 20 orang GPM telah hadir dalam mesyuarat tersebut. Mesyuarat ini bertujuan untuk memberikan input yang berguna kepada semua GPM selain daripada berkongsi masalah berkaitan yang di alami di sekolah masing-masing. Semua GPM memberikan kerjasama yang baik semasa mesyuarat ini berlangsung. Mesyuarat ini berakhir pada jam 5.00 petang.



Thursday, February 26, 2015

MESYUARAT JAWATANKUASA GURU PENYELARAS MEDIA



Pada 25 Feb 2015, PKG Batu Kikir telah mengadakan Mesyuarat Guru Perpustakaan dan Media (GPM) bertempat di Bilik Mesyuarat PKG Batu Kikir, bermula pada jam 2.30 petang. Mesyuarat ini telah disampaikan oleh En. Effendy Bin Daraman dan dibantu oleh 2 orang staf PKG Batu Kikir. Turut bersama hadir Pegawai Teknologi Pendidikan BTPNNS En. Shahrizan Ibrahim.

Seramai 20 orang GPM telah hadir dalam mesyuarat tersebut. Mesyuarat ini bertujuan untuk memberikan input yang berguna kepada semua GPM selain daripada berkongsi masalah berkaitan yang di alami di sekolah masing-masing. Semua GPM memberikan kerjasama yang baik semasa mesyuarat ini berlangsung. Mesyuarat ini berakhir pada jam 5.00 petang.