SSQS 2015

SSQS 2015

Friday, April 17, 2015

BENGKEL KERJA PENGHASILAN BAHAN ASET DIGITAL DAN OBJEK PEMBELAJARAN - Fasa 1

Tahniah kepada semua guru sains (Sek Men) dan guru agama (Sek Rendah) yang terlibat dalam Bengkel Kerja Penghasilan Bahan Aset Digital Dan Objek Pembelajaran. Para peserta telah mempelajari cara menggunakan Flip PDF, Camtasia dan Laman Pembelajaran (Learning Sites). Semoga para perserta dapat mempraktikannya selaras dengan Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE) di dalam Alaf Pembelajaran Abad ke-21.    


Objektif
  • Membina bahan pembelajaran dan pengajaran mengikut spesifikasi rekabentuk instruksional.
  • Membina bahan pembelajaran dan pengajaran mengikut Standard Kandungan KSSR dan KSSM yang boleh digunakan dalam di sekolah-sekolah.
  • Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam pembinaan bahan-bahan pembelajaran dan pengajaran dengan lebih berkesan. 
Rasional
  • Para peserta akan menjadi tenaga pengajar dan pembimbing bagi sekolah-sekolah masing-masing.
  • Para peserta akan menggunakan perisian ebook dengan pelbagai fungsi seperti buku digital yang mempunyai teks, gambar, audio dan video.
  • Para peserta juga akan mempunyai kemahiran membuat tutorial video pembelajaran akses kendiri yang boleh dimanfaat kepada semua warga sekolah sama ada dari pembelajaran dan pengajaran atau komuniti berbanding guru lain yang mempunyai kemahiran asas suntingan video sahaja