SSQS 2015

SSQS 2015

Sunday, June 21, 2015

Khidmatbantu PSS SK Batu Kikir

Program Khidmat Bantu Pusat Sumber Sekolah di SK Batu Kikir telah diadakan dari 15 dan 17 Jun 2015.  Program Khidmat Bantu Pusat Sumber Sekolah adalah untuk membantu meningkatkan pengurusan PSS secara keseluruhan khususnya pengurusan bahan , fizikal dan sistem pengurusan. Diharap  program ini  dapat  memartabatkan  PSS  sebagai  nadi  utama  pengajaran dan pembelajaran  ke  arah  kecemerlangan  pendidikan.   

Di  samping  itu  juga  diharap  agar  objektif berikut dapat dicapai:
  • Meningkatkan pengurusan PSS secara keseluruhan khususnya dalam bidang pengurusan bahan, fizikal (susun atur dan keceriaan serta sistem pentadbiran.
  • Meningkatkan  penggunaan  PSS  di  kalangan  guru  dan  murid  sejajar  dengan  keperluan pendidikan dan aplikasi ICT.
  • Meningkatkan  kadar  pembacaan  di  kalangan  murid  sekolah  selaras  dengan  pelaksanaan dan hala tuju program NILAM.

Sorotan Aktiviti Sepanjang Khidmat Bantu

                           Sebelum


                          Semasa


                         Selepas

Thursday, June 18, 2015

Pemakluman Ciri - Ciri Baru Frog VLE


Untuk makluman, Frog VLE telah dipertingkatkan dengan ciri-ciri baru. Penambahbaikan ini dihasilkan untuk menjadikan Frog sebagai sistem atas talian yang mampu memberikan perkhidmatan yang lebih baik dan mesra pengguna.


Kesemua penambahbaikan yang tersenarai di bawah akan dikemaskini pada bulan Jun 2015. Segala penambahbaikan dapat dilihat oleh setiap pengguna apabila mereka akses masuk ke VLE dengan ID 1BestariNet masing-masing.

Berikut adalah gambaran keseluruhan penambahbaikan Frog VLE :

Impak kepada Pelajar:

  • Frog Timelines  - Apabila pengguna akses masuk ke dalam Frog VLE, paparan yang pertama adalah Frog Timelines yang merupakan sebuah platform media sosial yang menyerupai Facebook. Dashboard pengguna masih boleh diakses melalui Dashboard Switcher yang terdapat di bahagian atas Site VLE.

  • Penambahan Site - Pelajar kini boleh memuat turun Site atau bahan pembelajaran daripada FrogStore.

  • Perkongsian Folder - Pengenalan fungsi "Shared Folder" membolehkan pengguna berkongsi fail, Site dan bahan pembelajaran dengan pengguna lain.

Impak kepada Guru

  • Markbook Baru - Guru boleh memantau perkembangan akademik pelajar mereka dengan lebih mudah menerusi fungsi baru ini.

  • Assignments - Wajah baru ciri ini memudahkan guru untuk mengenalpasti tugasan atau kerjarumah yang belum ditanda. 

  • Mathematics Equation - Ciri baru ini membolehkan penggunaan simbol Matematik di dalam laman Frog VLE.

  • Site Rules - Ciri baru ini membolehkan guru menentukan siapa yang boleh melihat bahan-bahan tertentu dalam Site yang dibina

  • Analisis - Penambahbaikan terhadap fungsi ini membolehkan Frog Admin memperolehi maklumat dengan lebih terperinci dan mudah.

  • Ciri baru Walls dan Forums - Guru kini boleh melihat perbincangan pelajar dalam Walls dan Forums dengan lebih dekat melalui "Show to Others" dan "Show/Hide all Posts"

  • Pembinaan Site - Para guru boleh membina Site dengan menggunakan widget Frog VLE. Site yang siap dibina boleh diterbitkan di Internet.

Untuk maklumat terperinci tentang ciri-ciri dan fungsi terbaru Frog VLE, sila kunjungi Learn Centre di pautan http://learncentre.frogasia.com/

Friday, June 12, 2015

BENGKEL ASAS PEMBINAAN BLOGSPOT UNTUK JURUTEKNIK KOMPUTER SEKOLAH AHLI PKG BATU KIKIR 2015

Satu Bengkel Asas Pembinaan Blogspot untuk Juruteknik Komputer sekolah ahli Pkg Batu Kikir telah diadakan pada 9 & 10 Jun 2015. Terima Kasih di ucapkan kepada En. Najmuddin selaku fasilitator yang telah memberika segala tunjuk ajar mengenai blogspot. Terima kasih jua diucapkan kepada semua JTK terlibat yang telah memberikan sepenuh komitmen sepanjang bengkel tersebut. Bengkel yang bermula pada jam 8.30 pagi ini telah berakhir pada jam 5.00 petang. 


Objektif Kursus
Kursus ini diadakan untuk memberi pengetahuan asas tentang blog, cara membuat blog ( domain, hosting, design layout, posting article, edit, upload gambar, video, muzik dll) serta teknik –teknik asas blogging.
  1. Memahami konsep blog, blogger & blogging.
  2. Menyediakan blog yang ringkas, cepat dan bermanfaat.
  3. Berinteraksi di internet menggunakan media blog.
Kandungan Kursus
  • Pengenalan kepada blog, blogger & blogging.
  • Senario blog.
  • Hos Blog.
  • Keperluan membina blog.
  • Menjadi penulis blog yang baik.
  • Host blog percuma – WordPress ( Mendaftar , posting artikel, gambar & video, 6 wiget asas, link, pages & komen ).