SSQS 2015

SSQS 2015

Monday, April 13, 2015

SURAT SIARAN PELAKSANAAN KEM MEMBACA 1 MALAYSIA ( KM1M )

PELAKSANAAN PROGRAM                                                   KEM MEMBACA 1MALAYSIA 2015 ( KM1M 2015 ) 
"MENJANA PEMIKIRAN 1 MALAYSIA"
Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) merupakan salah satu program Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah Program Gerakan Tabiat Membaca. Program Kem Membaca 1Malaysia telah dimulakan kali pertama pada 26 Oktober hingga 5 November 2009.
Berdasarkan surat arahan daripada Jabatan Pendidikan Negeri, Negeri Sembilan, Kementerian Pelajaran Malaysia bertarikh 07 April 2015, Ruj:JPNS.SPA.KUR 100-1/3/1 Jld.10 (14) telah mengarahkan semua sekolah di seluruh Negeri Sembilan melaksanakan KM1M bermula dari 21 April hingga 23 April 2015  bertujuan untuk membina tabiat membaca dalam kalangan murid sekolah dengan tema ‘Membaca Menjana Pemikiran 1Malaysia’.
Terdapat empat objektif program ini, iaitu mengisi masa lapang murid, menggerakkan program / aktiviti galakan membaca, memupuk minat membaca secara berterusan dan menjadikan PSS sebagai tempat rujukan bahan bacaan serta memperkukuhkan kemahiran maklumat dalam kalangan murid.
Aktiviti membaca buku dijalankan selama 33 minit dan 35 saat bermula jam 9.30 pagi secara serentak di semua sekolah di seluruh Malaysia. Sehubungan dengan itu, laporan aktiviti perlu dihantar ke Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) dan Pegawai Teknologi Pendidikan di Pusat Kegiatan Guru Batu Kikir sebelum atau pada 30 April 2015.
Sekiranya pihak tuan mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan program di atas, sila hubungi Pusat Kegiatan Guru Batu Kikir.
MUAT TURUN SURAT SIARAN KM1M