SSQS 2015

SSQS 2015

Saturday, April 11, 2015

BENGKEL PENGISIAN DAN PEMURNIAN I-NILAM SEKOLAH AHLI PUSAT KEGIATAN GURU BATU KIKIR TAHUN 2015

Pada 2 Mac 2015, PKG Batu Kikir telah mengadakan Bengkel Pengisian dan Pemurnian i-Nilam sekolah bertempat di Bilik Mesyuarat PKG Batu Kikir, bermula pada jam 2.30 petang. Bengkel ini dikendalikan oleh Pn. Zaraton Akmar binti Abd. Aziz (PTP PKG Kuala Klawang) sebagai Fasilitator.

Seramai 20 orang Guru Nilam telah hadir dalam bengkel tersebut. Ia bertujuan untuk memberikan input yang berguna kepada semua guru Nilam selain daripada berkongsi masalah berkaitan Nilam. Semua guru Nilam memberikan kerjasama yang baik semasa bengkel ini berlangsung. Bengkel ini berakhir pada jam 5.00 petang.

Objektif
-       Memberi pendedahan mengenai aplikasi online dan cara-cara pengisian yang betul.
-       Memberi bimbingan kepada semua Guru Nilam yang baru dalam mengisi Instrumen i-Nilam on-line.

Rasional
Kesemua guru nilam di sekolah dapat melengkapkan semua maklumat mengenainya diisi dengan tepat dan dapat bertukar-tukar pandangan bagi meningkatkan penggunaan i-Nilam sekolah masing-masing.