SSQS 2015

SSQS 2015

Friday, February 27, 2015

MESYUARAT JAWATANKUASA GURU PENYELARAS BESTARI

Pada 26 Feb 2015, PKG Batu Kikir telah mengadakan Mesyuarat  Jawatankuasa Guru Penyelaras Bestari bagi sekolah-sekolah ahli bertempat di Bilik Mesyuarat PKG Bartu Kikir  bermula pada jam 2.30 petang. Ia dihadiri oleh 20 orang GPB dan 8 orang Juruteknik Komputer Sekolah.

Dalam mesyuarat tersebut GPB telah didedahkan dengan input-input baru dalam tatacara pengurusan dan selenggaraan peralatan ICT sekolah, peranan dan tanggungjawab GPB,  dan pelaksanaan inisiatif ICT sekolah termasuk 1BestariNet, VLE dan SPS. Mesyuarat telah dikendalikan oleh En. Effendy Bin Daraman dibantu oleh 2 orang staf PKG Pertang. Turut bersama hadir En Abu Bakar Bin Khalid Pegawai Teknologi Pendidikan dari BTPN Negeri Sembilan dan En Rossaiful Pegawai PPD Jempol Jelebu

Terima kasih diucapkan GPB dan Juruteknik Komputer kerana memberi komitmen sepenuhnya dalam mesyuarat tersebut.  Mesyuarat berakhir pada jam 5.00 petang.