Tuan,
Dengan segala hormatnya, saya merujuk perkara diatas dan
minit mesyuarat Penyelenggaraan Peralatan ICT Sekolah – Sekolah di bawah
Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM ) Bil.2/2015 bertarikh 12 Ogos 2015
adalah berkaitan.
2. Dimaklumkan peralatan ICT yang disenggara secara menukar
ganti dengan peralatan baharu perlu mematuhi tatacara seperti mana yang
terkandung dalam 1perkeliling perbendaharaan ( 1PP ) yang sedang diguna pakai.
3. Oleh yang demikian bersama ini dilampirkan tatacara,
carta dan borang GS01 sebagai rujukan dan tindakan...
Wednesday, October 21, 2015
Monday, September 7, 2015
Pekeliling Kemudahan Pinjaman Netbook 1Malaysia Untuk Guru Sekolah KPM

Perkara di atas adalah dirujuk untuk makluman.
Bersama-sama ini dilampirkan Surat pekeliling Ikhtisas KPM bil.8 Tahun 2015
Surat Pekeliling Pinjaman Netbook 1Malaysia by pkgbatukikir
Download borang pinjaman
kewpa 6
borang PPI1 & BPPA20
SPESIFIKASI NETBOOK
Type
Keterangan
Model
Acer Aspire
one D270
Ukuran (L x W x H cm)
24.9 x 19.5 x 3.6 cm
Berat (kg)
1.3 kg
Warna
...
Sunday, July 5, 2015
Penarafan Smart School Qualification Standarts ( SSQS ) 2015

Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM ) melaksanakan penarafan pembestarian sekolah menggunakan Smart School Qualification Standarts ( SSQS ) untuk mengukur tahap pembestarian sekolah - sekolah Malaysia yang
Sehubungan itu, Penarafan SSQS 2015 akan bermula pada 6 Julai 2015 hingga 30 Ogos 2015. Phak sekolah diminta melakukan pengisian Penarafan tersebut menggunakan alamat berikut : http://tarantula.my/ssqsv3/
Manual...
Sunday, June 21, 2015
Khidmatbantu PSS SK Batu Kikir

Program Khidmat Bantu Pusat Sumber Sekolah di SK Batu Kikir telah diadakan dari 15 dan 17 Jun 2015. Program Khidmat Bantu Pusat Sumber Sekolah adalah untuk membantu meningkatkan pengurusan PSS secara keseluruhan khususnya pengurusan bahan , fizikal dan sistem pengurusan. Diharap program ini dapat memartabatkan PSS sebagai nadi utama pengajaran dan pembelajaran ke arah kecemerlangan...
Thursday, June 18, 2015
Pemakluman Ciri - Ciri Baru Frog VLE

Untuk makluman, Frog VLE telah dipertingkatkan dengan ciri-ciri baru. Penambahbaikan ini dihasilkan untuk menjadikan Frog sebagai sistem atas talian yang mampu memberikan perkhidmatan yang lebih baik dan mesra pengguna.
Kesemua penambahbaikan yang tersenarai di bawah akan dikemaskini pada bulan Jun 2015. Segala penambahbaikan dapat dilihat oleh setiap pengguna apabila mereka akses masuk ke VLE dengan ID 1BestariNet masing-masing.
Berikut...
Friday, June 12, 2015
BENGKEL ASAS PEMBINAAN BLOGSPOT UNTUK JURUTEKNIK KOMPUTER SEKOLAH AHLI PKG BATU KIKIR 2015

Satu Bengkel Asas Pembinaan Blogspot untuk Juruteknik Komputer sekolah ahli Pkg Batu Kikir telah diadakan pada 9 & 10 Jun 2015. Terima Kasih di ucapkan kepada En. Najmuddin selaku fasilitator yang telah memberika segala tunjuk ajar mengenai blogspot. Terima kasih jua diucapkan kepada semua JTK terlibat yang telah memberikan sepenuh komitmen sepanjang bengkel tersebut. Bengkel yang bermula pada jam 8.30 pagi ini telah berakhir pada jam...
Friday, April 17, 2015
TAKLIMAT KHAS PEMBESTARIAN SEKOLAH TAHUN 2015
Program
Pembestarian Pendidikan merupakan satu
pendekatan dan panduan yang serba lengkap untuk memantapkan mutu
pembelajaran dan pengetahuan kepada para pelajar.
Oleh yang demikian pentadbir perlu didedahkan dengan kaedah yang betul
penggunaannya untuk dijadikan bahan merentas kurikulum bagi merangsang
pembelajaran. Sepanjang program ini, peserta didedahkan tentang IQPSS, NILAM, MBMMBI, SSQS, Penyelenggaraan ICT, Netbook 1 Malaysia...
BENGKEL KERJA PENGHASILAN BAHAN ASET DIGITAL DAN OBJEK PEMBELAJARAN - Fasa 1
Tahniah kepada semua guru sains (Sek Men) dan guru agama (Sek Rendah) yang terlibat dalam Bengkel Kerja Penghasilan Bahan Aset Digital Dan Objek Pembelajaran. Para peserta telah mempelajari cara menggunakan Flip PDF, Camtasia dan Laman Pembelajaran (Learning Sites). Semoga para perserta dapat mempraktikannya selaras dengan Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE) di dalam Alaf Pembelajaran Abad ke-21. ...
Monday, April 13, 2015
SURAT SIARAN PELAKSANAAN KEM MEMBACA 1 MALAYSIA ( KM1M )

PELAKSANAAN PROGRAM KEM MEMBACA 1MALAYSIA 2015 ( KM1M 2015 )
"MENJANA PEMIKIRAN 1 MALAYSIA"
Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) merupakan salah satu program Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah Program Gerakan Tabiat Membaca. Program Kem Membaca 1Malaysia telah dimulakan...
Saturday, April 11, 2015
BENGKEL PENGISIAN DAN PEMURNIAN I-NILAM SEKOLAH AHLI PUSAT KEGIATAN GURU BATU KIKIR TAHUN 2015
Pada 2 Mac 2015, PKG Batu Kikir telah mengadakan Bengkel Pengisian dan Pemurnian i-Nilam sekolah bertempat di Bilik Mesyuarat PKG Batu Kikir, bermula pada jam 2.30 petang. Bengkel ini dikendalikan oleh Pn.
Zaraton Akmar binti Abd. Aziz (PTP PKG Kuala Klawang) sebagai Fasilitator.
Seramai 20 orang Guru Nilam telah hadir dalam bengkel tersebut. Ia bertujuan untuk memberikan input yang berguna kepada semua guru Nilam selain daripada berkongsi masalah berkaitan Nilam. Semua guru Nilam memberikan kerjasama yang baik semasa bengkel ini...
Wednesday, April 8, 2015
PESTA BUKU DAERAH JEMPOL DAN JELEBU
25 - 31 Mac - Pesta Buku Peringkat Daerah Jempol dan Jelebu telah diadakan di Kompleks Rakan Muda Jempol. Program ini adalah anjuran PPD Daerah Jempol dan Jelebu dan Cerdik Publication Sdn Bhd dengan kerjasama institusi pendidikan dalam daerah Jempol dan Jelebu serta beberapa buah organisasi yang lain. PKG Daerah Jempol dan Jelebu yang terlibat telah melaksanakan beberapa aktiviti seperti Literasi Maklumat dan Bengkel VLE Flip PDF.
Pesta...
Tuesday, March 3, 2015
MESYUARAT JAWATANKUASA PEMUAFAKATAN AKTIVITI
Pada 2 Mac 2015, PKG Batu Kikir telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pemuafakatan Aktiviti (JKPA) bertempat di Bilik Mesyuarat PKG Batu Kikir, bermula pada jam 2.30 petang. Mesyuarat ini telah di pengerusikan oleh En. Abdul Rahman . Turut bersama hadir Pegawai Teknologi Pendidikan BTPNNS En. Zamri Ibrahim dan En Mohd Akmal.
Seramai 20 orang GPM telah hadir dalam mesyuarat tersebut. Mesyuarat ini bertujuan untuk memberikan input yang berguna...
Friday, February 27, 2015
MESYUARAT JAWATANKUASA GURU PENYELARAS BESTARI
Pada 26 Feb 2015, PKG Batu Kikir telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Guru Penyelaras Bestari bagi sekolah-sekolah ahli bertempat di Bilik Mesyuarat PKG Bartu Kikir bermula pada jam 2.30 petang. Ia dihadiri oleh 20 orang GPB dan 8 orang Juruteknik Komputer Sekolah.
Dalam mesyuarat tersebut GPB telah didedahkan dengan input-input baru dalam tatacara pengurusan dan selenggaraan peralatan ICT sekolah, peranan dan tanggungjawab...
Thursday, February 26, 2015
MESYUARAT JAWATANKUASA GURU PENYELARAS MEDIA
Pada 25 Feb 2015, PKG Batu Kikir telah mengadakan Mesyuarat Guru Perpustakaan dan Media (GPM) bertempat di Bilik Mesyuarat PKG Batu Kikir, bermula pada jam 2.30 petang. Mesyuarat ini telah disampaikan oleh En. Effendy Bin Daraman dan dibantu oleh 2 orang staf PKG Batu Kikir. Turut bersama hadir Pegawai Teknologi Pendidikan BTPNNS En. Shahrizan Ibrahim.
Seramai 20 orang GPM telah hadir dalam mesyuarat tersebut. Mesyuarat ini...